"If you like the things that you do, you will never work for a single day"

Thursday, April 29, 2010

Tak Paham

Malam semalam tepat Jam 11.45 malam saya dan bersama dengan En Mond Taque pegi nonton wayang di TGV Wangsa Walk dimana semalam adalah hari pertama dieorang bukak. Jadi berduyun-duyun la orang pegi tengok, dan mungkin yang datang pun semua orang yang tinggal kawasan berdekatan. Nak dijadikan cerita memang ramaila dan sesak jugak la, tapi saya tetap nak tengok Iron Man 2. Hari ni bukan saya nak komen mahupun review tapi saya nak kongsi dengan gelagat-gelagat orang yang menonton wayang.

1. kiteorang duduk di kerusi F12 dan F13 dan bila jer sampai dan nak duduk jer mamat yang duduk di F 14 anjak ke tempat lain sebab die ingatkan yang duduk kat tempat kiteorang ni pompuan pastu deiorang dan kawan -kawan macam bersembang la walaupun bahasa lain korang pakai orang faham..... so kepada sesiap yang nak menonton wayang sebab mengharapkan pompuan duduk disebelah baik korang bawak awek tengok dvd jerla dan satu lagi jangan ingat orang lain faham satu bahasa jer.

2. Lepas jer duduk kira dah mula iklan- iklan la, si mamat yang duduk di F11 pulak asyik main phone. Takpe la ko nak main phone ke ape ke, tapi masalah nyer phone tu tak silent, jadi die telah menggangu orang nak tengok wayang, sampai ke pertengahan filem la die main. ish taka paham la dengan orang yang tak paham bahasa. faham- fahamla tengok wayang kot, kalau nak main message atau nak sembang phone pegila tengok DVD kat rumah.

3. satu lagi tak gemar bile geng ramai-ramai pegi tengok wayang kire 20 orang camtuh la, mulalah nak tunjuk belang dan buat bising. takpe korang nak bersembang ke ape ke tapi hormat sikit la orang - orang yang nonton. ni tak buat kecoh pastu nak duduk pun maseh lagi buat macam pasar malam.

4. Tengah jer layan Movie tu lebih kurang 10-15 minit la kibe-kibe jer skrin terpadam, jadi mengamukala semua yang kat dalam panggung tu. Boleh tahan la saya poon bengang, mana taknya 3 minit ade kot terpadam. Pastuh semua la bising sampai ade mamat kat belakang kerusi kitaorang buat macam nak jumpe pihak mangment la. Pastu die masuk die cakap la macam kuat- kuat supaya orang dengar, dia cakap pekerja tertutup skrin sebenarnya nak tutup suis aircond. Kira mamat ni hebatlah kan. Hahahahaha lawak. Walaupun saya bengang tapi saya maseh lagi boleh tenang sebab bagi saya panggung ni baru bukak dan tak sampai sehari pun jadi mungkin ade lah kesilapan- kesilapnya jadi kepada semua tanggungla risiko nak tengok wayang di panggung baru bukak. Mungkin orang ramai marah sebab takde sowang pun daripada pihak managment yang turun minta maaf.

5. Tukang komen dan tukang cerita. Tengah- tengah layan ade jer dengar suara-suara yang sayup- sayup bercerita dan jadi tukang komen. Cerita belum habis lagi dah nak cerita. eh tunggu la keluar panggung ke atau credit title kuar baru la nak komen.

Ini adalah antara 5 bende yang saya alamai semalam. Entah bila lah boleh layan movie dengan tenang dan relax.

Wednesday, April 28, 2010

Percaya Pada Rezeki


Setiap orang kene percaya pada rezeki masing- masing. iyelah kalau ditanya pada semua orang sape yang taknak Kaya dan banyak harta. mungkin sesetengah orang menyatakan yang duit, harta dan kekayaan adalah segala-galanya dan ade jugak sesetengah orang cakap cukuplah kalau aku ade sedikit harta asalkan bahagia dan tidak bersa kosong hati. bagi saya pula biarlah kita mempunyai sedikit harta, namun jika kita dapat tersenyum setiap saat, minit, dan jam itu adalah petunjuk yang baik menunjukkan jiwa kita tidak kosong. setiap orang mungkin pernah mengalami kesesakan didalam hidup. maksud saya ada juga hari yang kita susah contohnya duit habis bayar hutang ni hutang tu, kereta, rumah , makan , pakai dan sebagainya. pepatah melayu iaitu langit tidak selalunya cerah boleh kita pakai dah simpan sebagai petunjuk kepada kita supaya sentiasa berjimat dan memikirkan hari- hari akan datang. seperti sahabat saya jugak tidak pernah ketinggalan mengalami perkara sebegini.nak dikatakan boros taklah dan nak dikatakan berhabisan dengan shopping takdelah cume saya hairan mane dia curahkan ringgit tersebut. pernah jugak orang cakap kalau kita dapat duit daripada hasil yang tidak halal ianya akan sentiasa tak cukup tapi dia ni mencari duit hasil titik peluh dan keringat dan dari sumber yang halal. Tuhan itu Maha mengetahui dan Maha Penyayang.
Di dalam bidang seni tidak semuanya indah dan tidak semuanya bahagia seperti penonton melihat kepopularitian artis tersebut. bidang seni ini penuh dengan dugaan onak berduri. jika kita boleh lagi bernafas sampai kehari ini maka itu adalah rezeki, jika maseh lagi samar2 mungkin kita kene perlu lagi usaha yang gigih. tidak semuanya indahsepertia apa yang kita fikirkan, apa- apa bidang sekalipun kita kena usaha. Rezeki datang bila- bila masa sahaj cuma adakah kita sudah bersedia untuk mendapatkanya sahaja. InsyaAllah.

Pembahas tak Diiktiraf

Seperti apa yang kita pernah alami atau ketahui ataupun terdengar, ada dikalangan orang sekeliling kita yang suka menjadi pembahas. Maksud saya pembahas yang tak diiktiraf adalah ramainya datang dari orang- orang awam atau sesiapa sahaja yang mempunyai ilmu yang cetek dan terhad dalam sesuatu perkara yang mereka bahaskan, dahlah tak cukup ilmu tapi nak berhujah jugak. jadi situasi ini akan mengelirukan lagi orang yang terbaca atau juga menonton mengenai pandangan yang ingin kita sampaikan. mungkin niat kita bagus dan baik akan tetapi akibat cukp besar. jadi kepada sesiapa yang nak berkongsi apa yang mereka ketahui baik kita selidiki sebelum membuat segala penyataan dan kepada sesiapa yang menerima plak janganlah nak terima bulat- bulat tanpa sebarang usul periksa......

Tuesday, April 27, 2010

Hum Tum aur Ghost- A Film By Kabeer Khaushik


Menonton Filem ini pada mulanya saya memang rasa macam ni memang cerita hantu yang biasa2.Dahlah tengok sensorang kat dalam bilik dengan menggunakan Macbook rakan serumah Abang Datt. Rakan2 yang lain sedang syik menonton Avatar dan saya soranglah layan movie ni kat dalam bilik. Dengan keadaan yang sejuk dan lampu tertutup, saya gagah jugak la tengok Filem ini. Yerla Genre seram katakan. Saya seronok dengan jalan cerita filem ni sebab die tak macam filem- filem hindi yang lain dan filem seram yang lain. Filem ni mengisahkan dua orang pasangan kekasih yang cukup "sweetla" dan "perfectla". Arman (Arshad Warsi) berkerja sebagai seorang Photographer dan Gehna (Dia Mirza) pulak adalah Editor Majalah Fesyen. Kalau kita melihat watak Arman yang pemabuk dan nampak macam liar sikit, kita akan berpendapat bahawa dia ni memang lelaki yang sosial dan lebih tepat lagi "Player" dan watak Gehna yang nampak ayu dan penyabar orangnya. Sikap Arman yang pemabuk dan selalu lewat ke pejabat membuatkan Ayah Gehna (Javed Sheikh) tidak menyukainya, sampai satu tahap Ayah Gehna menyuruh beliau memutuskan hubungan jika beliau maseh lagi dengan sikapnya itu. Tapi disebalik sikap Arman yang pemabuk tersirat sesuatu benda. Arman berbuat demikian sebab tak boleh tido malam dan asyik diganggu oleh suara- suara hantu yang bercakap- cakap. Rupa- rupanya Arman adalah salah seorang yang boleh melihat Hantu.
Akibat boleh melihat hantu, beliau didatangi oleh seorang yang dah mati iaitu Kapoor (Boman Irani) yang ingin meminta tolong menyelesaikan masalahnya. Kapoor ingin meminta tolong membawanya berjumpa dengan Isterinya dan ingin meminta maaf terhadpnya. Selepas selesai dengan masalah Kapoor, Arman didatangi pulak dengan masalah Carol yang ingin meminta tolong mencari anaknya yang beliau tinggalkan ketika anaknya berumur 4 tahun. Keadaan semakin tegang apabila Gehna tidak dapat menahan perasaannya yang sedih akibat beliau merasakan yang Arman mempunyai masalah Mental. Jadi Gehna ingin membawa Arman ke hospital untuk merawatnya tapi Arman enggan atas sebab alasannya yang beliau bukanya gila seperti yang disangkakan. arman meminta Gehna untuk ikut beliau ke Goa untuk mencari anak Carol dan belliau berjanji setelah jumpa kepada budak tersebut beliau akan ke hospital seperti apa yang cadangkan. Namun pencarian mereka diGoa mendapat jalan buntu dan Arman terpaksa memberitahu kepada Carol yang beliau tidak boleh tolong untuk mencari anaknya atas sebab Gehna meminta beliau supaya berhenti terhadap dunia khayalannya. Sebelum itu Arman pernah ke Gereja untuk berjumpa dengan Sister untuk bertanyakan kemungkinan budak tersebut pernah dihantar ke gereja tersebut untuk di asuh atas sebab Suami carol meninggal dunia. Arman balik dan dan menjalani hidup yang bahagia bersama dengan Gehna. tapi tak best la kalu nak cerita habis.... kalau korang rasa nak taw lagi tentang Filem ni lebih lanjut baik owang beli DVD ataupun download Filem ni. boleh tangkap leleh punya.

Monday, April 26, 2010

Photo Shoot Untuk Finalis Lelaki Pilih Kasih






Photografi ini adalah bersama dengan Finalis Artis2 Lelaki Pilih Kasih iaitu Iqbal Mazlan, Reza Hasbi, Indera Hafiz dan Diwan Nawi

Sunday, April 25, 2010

wajah baru chopiechakap ;)

















t-shit Limited Edition 50 helai sahaja
RM 35 (termasuk penghantaran)
couple price : 20% discount
order start on: 24/4/2010
design pertama
berminat? just drop a msg [nama , add , num ]


TARIKH LAST ORDER: 18/5/2010

thannnxxx !