"If you like the things that you do, you will never work for a single day"

Tuesday, June 8, 2010

Lama Dah Tak.......





Sekarang saya bercuti selama sebulan didalam bidang lakonan dimana saya ingin fukoskan diri dalam Muzikal Uda & Dara. Di dalam Muzikal ini kami iaitu dari CiptaAsia Worldwide telah dilantik sebagai "creative production". Jadi saya masuk balik didalam arena pekerjaan yang telah saya tinggalkan 2 tahun lepas. Pada permulaan, memang saya terpaksa bermula dari mula dan memanaskan enjin yang telah lama tidak dipanaskan. Syukur pada Allah S.W.T atas rezeki yang telah diturunkan. Walaupun saya berlakon namun apa-apa sahaja rezeki yang halal datang InsyaAllah saya akan ambil dan buat sebaik-baik mungkin serta Keluarga yang sentiasa menyokong dan beri dorongan yang padu kepada saya walau apa saja saya buat mereka sentiasa akan menjadi tulang belakang. Saya masih lagi memegang kata-kata En Boss saya iaitu "If you like the things that you do, you will never work a single day". Jadi saya akan buat kerja yang saya rasa say suka dan boleh buat dan akan jatuh cinta terhadap kerja yang dibuat. Saya rasa bersyukur juga saya mengenali orang - orang yang berpengelaman didalam bidang- bidang creative ini seperti En Taquddin yang sememangnya hebat dan berpengelaman didalam bidang kreatif. Selain itu, saya ada- ada kawan yang sentiasa bagi sokongan walau apapun perkara yang saya buat antara kawan -kawan yang bagi sokongan seperti Arep Adam, Iskandar Abdullah, Beno Mustapha, Zaidi, Azhar Zainal, Ted Dahlan, dan Nazurah Hanom. Syukur sekali lagi.