"If you like the things that you do, you will never work for a single day"

Saturday, October 23, 2010

iye kan sahaja

1.semakin hari semakin aku rasa tidak keruan. apa akan jadi dengan masa depan sentiasa berlegar di pikiran hatiku. adakah pilihan aku aku tepat dan adakah aku kena bergerak sepantas mana sekalipoon untuk aku mengejar keinginan dihati...
yer, memang orang cakap tak senang nak jadi senang dan tak susah nak jadi susah. aku dah cuba sedaya upaya aku. cuma aku berserah pada Yang Esa, dan yang Maha Mengetahui. mungkin apa yang aku lakukan sedikit kurang diselangselikan dengan kepastian. mana mungkin aku seorang yang kerdil dan baru saja bertapak di dalam bidang ini untuk memikirkan segala2 nya.......

2. aku sentiasa mendoakan pada Allah supaya orang yang telah menganiayai aku merasa apa yang aku rasa. aku tidak meminta mereka datang unutk memohon keampunan kerana keampunan hanya yang Maha Berkuasa dan Maha mengampuni sahaja yang berhak untuk mengatakan yang kita bersalah atau tidak. suatu hari mereka ini datang untuk mengatakan.... maaf sebab aku menganiyai engkau untuk mendapat keselesaan didunia.... ingat kita ada keluarga, akan datang isteri/anak takkan nak bagi anak2 kita makan hasil titik peluh kita yang tak jujur dan munafik!