"If you like the things that you do, you will never work for a single day"

Monday, April 25, 2011

Seronok

Alhamdulillah syukur ku panjatkan ke hadrat illahi, lama dah tak ber-blog ni. jadi hari ni nak tulis la sikit2. hidup semakin hari semakin seronok dengan pelbagai kerja yang aku buat. part time sini, part time sana, yang paling meyeronokkan bila aku ke konti radio kenyalang Astro 870. disini la aku akan .bercakap bahasa ibunda aku sendiri bahasa sarawak. memang lah tak pernah terlinta di hati aku nak jadi "radio announcer" ni, tapi bila je dapat peluang macam ni aku buat lah sehabis baik. jadi rutin harian akau selain shooting, hosting program, aku akan pastikan akau dah record aku punyer "voice track" untuk radio kenyalang. jadi aku harap bakat aku dapat diperlihat disini. rasanya sampai sini la coretan nanti akau sambung lagi!

Saturday, October 23, 2010

iye kan sahaja

1.semakin hari semakin aku rasa tidak keruan. apa akan jadi dengan masa depan sentiasa berlegar di pikiran hatiku. adakah pilihan aku aku tepat dan adakah aku kena bergerak sepantas mana sekalipoon untuk aku mengejar keinginan dihati...
yer, memang orang cakap tak senang nak jadi senang dan tak susah nak jadi susah. aku dah cuba sedaya upaya aku. cuma aku berserah pada Yang Esa, dan yang Maha Mengetahui. mungkin apa yang aku lakukan sedikit kurang diselangselikan dengan kepastian. mana mungkin aku seorang yang kerdil dan baru saja bertapak di dalam bidang ini untuk memikirkan segala2 nya.......

2. aku sentiasa mendoakan pada Allah supaya orang yang telah menganiayai aku merasa apa yang aku rasa. aku tidak meminta mereka datang unutk memohon keampunan kerana keampunan hanya yang Maha Berkuasa dan Maha mengampuni sahaja yang berhak untuk mengatakan yang kita bersalah atau tidak. suatu hari mereka ini datang untuk mengatakan.... maaf sebab aku menganiyai engkau untuk mendapat keselesaan didunia.... ingat kita ada keluarga, akan datang isteri/anak takkan nak bagi anak2 kita makan hasil titik peluh kita yang tak jujur dan munafik!

Tuesday, June 8, 2010

Lama Dah Tak.......





Sekarang saya bercuti selama sebulan didalam bidang lakonan dimana saya ingin fukoskan diri dalam Muzikal Uda & Dara. Di dalam Muzikal ini kami iaitu dari CiptaAsia Worldwide telah dilantik sebagai "creative production". Jadi saya masuk balik didalam arena pekerjaan yang telah saya tinggalkan 2 tahun lepas. Pada permulaan, memang saya terpaksa bermula dari mula dan memanaskan enjin yang telah lama tidak dipanaskan. Syukur pada Allah S.W.T atas rezeki yang telah diturunkan. Walaupun saya berlakon namun apa-apa sahaja rezeki yang halal datang InsyaAllah saya akan ambil dan buat sebaik-baik mungkin serta Keluarga yang sentiasa menyokong dan beri dorongan yang padu kepada saya walau apa saja saya buat mereka sentiasa akan menjadi tulang belakang. Saya masih lagi memegang kata-kata En Boss saya iaitu "If you like the things that you do, you will never work a single day". Jadi saya akan buat kerja yang saya rasa say suka dan boleh buat dan akan jatuh cinta terhadap kerja yang dibuat. Saya rasa bersyukur juga saya mengenali orang - orang yang berpengelaman didalam bidang- bidang creative ini seperti En Taquddin yang sememangnya hebat dan berpengelaman didalam bidang kreatif. Selain itu, saya ada- ada kawan yang sentiasa bagi sokongan walau apapun perkara yang saya buat antara kawan -kawan yang bagi sokongan seperti Arep Adam, Iskandar Abdullah, Beno Mustapha, Zaidi, Azhar Zainal, Ted Dahlan, dan Nazurah Hanom. Syukur sekali lagi.

Tuesday, May 4, 2010

Pakaian Seragam Sekolah

Teringat waktu last pakai baju sekolah pada tahun 2002, waktu tu aku form 5. Hahaha, teringat pagi2 bagun iron baju, pastu tunggu van sekolah warna putih. Nama pemandu van Haji Kelobot. Tanye semua orang kat taman alu semua kenal la. Sebab ape naik van? Sebab taknak kasut kotor, baju keronyok. Jadi naik van la jawabnyer. Hari ni aku mengimbas kembali zaman sekolah, mana taknya, arini aku shooting jadi budak sekolah. Drma episode yang diarahkan oleh pengarah yang berkaliber, dan popular dengan ketegasan iaitu Along Kamaluddin. Aku tak banyak la, ade dalam 4 episode awal dari 26 episode. Teraju utama drama ni Farid Kamil dan dibantu oleh Ameer Sofaz, Nabil Anak Wayang, Wanina Zaki, Ruby Anak Wayang dan aku jugak la.
Aku maseh ingat lagi kenakalan aku waktu sekolah yang suke mengusik budak2 especially Gurlz in da Clazz. Hahhahaha. Seronok time tuh. Itu jugak terjadi denganwatak aku dalanm drama ni dimana aku jadi kawan kepada Akhasah lakonan Farid. Nama aku Cincai. Aku dan geng aku memang tak suka pompuan dan kita orang ade prinsip taknak ade awek. Huh poyo giler. Pastu kiteorang suke buli, pukul budak2 yang nak mencabar dan poyola dengan kami. Benda ni seolah2 berlaku zaman sekolah aku dulu. Yang bestnya pakai baju sekolah ni teringat ponteng kelas usik budak kat kantin. Tapi kalau aku pakai baju sekolah takpa sebab aku nampak muda dan tak sepadan dengan umur. Betlainan dengan Farid yang nampak besar dan memang aku jauh lebih rendah la dengan dia. Hahaahhaa. So aku sekarang tengah balik ke alam sekolah menengah.

Thursday, April 29, 2010

Tak Paham

Malam semalam tepat Jam 11.45 malam saya dan bersama dengan En Mond Taque pegi nonton wayang di TGV Wangsa Walk dimana semalam adalah hari pertama dieorang bukak. Jadi berduyun-duyun la orang pegi tengok, dan mungkin yang datang pun semua orang yang tinggal kawasan berdekatan. Nak dijadikan cerita memang ramaila dan sesak jugak la, tapi saya tetap nak tengok Iron Man 2. Hari ni bukan saya nak komen mahupun review tapi saya nak kongsi dengan gelagat-gelagat orang yang menonton wayang.

1. kiteorang duduk di kerusi F12 dan F13 dan bila jer sampai dan nak duduk jer mamat yang duduk di F 14 anjak ke tempat lain sebab die ingatkan yang duduk kat tempat kiteorang ni pompuan pastu deiorang dan kawan -kawan macam bersembang la walaupun bahasa lain korang pakai orang faham..... so kepada sesiap yang nak menonton wayang sebab mengharapkan pompuan duduk disebelah baik korang bawak awek tengok dvd jerla dan satu lagi jangan ingat orang lain faham satu bahasa jer.

2. Lepas jer duduk kira dah mula iklan- iklan la, si mamat yang duduk di F11 pulak asyik main phone. Takpe la ko nak main phone ke ape ke, tapi masalah nyer phone tu tak silent, jadi die telah menggangu orang nak tengok wayang, sampai ke pertengahan filem la die main. ish taka paham la dengan orang yang tak paham bahasa. faham- fahamla tengok wayang kot, kalau nak main message atau nak sembang phone pegila tengok DVD kat rumah.

3. satu lagi tak gemar bile geng ramai-ramai pegi tengok wayang kire 20 orang camtuh la, mulalah nak tunjuk belang dan buat bising. takpe korang nak bersembang ke ape ke tapi hormat sikit la orang - orang yang nonton. ni tak buat kecoh pastu nak duduk pun maseh lagi buat macam pasar malam.

4. Tengah jer layan Movie tu lebih kurang 10-15 minit la kibe-kibe jer skrin terpadam, jadi mengamukala semua yang kat dalam panggung tu. Boleh tahan la saya poon bengang, mana taknya 3 minit ade kot terpadam. Pastuh semua la bising sampai ade mamat kat belakang kerusi kitaorang buat macam nak jumpe pihak mangment la. Pastu die masuk die cakap la macam kuat- kuat supaya orang dengar, dia cakap pekerja tertutup skrin sebenarnya nak tutup suis aircond. Kira mamat ni hebatlah kan. Hahahahaha lawak. Walaupun saya bengang tapi saya maseh lagi boleh tenang sebab bagi saya panggung ni baru bukak dan tak sampai sehari pun jadi mungkin ade lah kesilapan- kesilapnya jadi kepada semua tanggungla risiko nak tengok wayang di panggung baru bukak. Mungkin orang ramai marah sebab takde sowang pun daripada pihak managment yang turun minta maaf.

5. Tukang komen dan tukang cerita. Tengah- tengah layan ade jer dengar suara-suara yang sayup- sayup bercerita dan jadi tukang komen. Cerita belum habis lagi dah nak cerita. eh tunggu la keluar panggung ke atau credit title kuar baru la nak komen.

Ini adalah antara 5 bende yang saya alamai semalam. Entah bila lah boleh layan movie dengan tenang dan relax.

Wednesday, April 28, 2010

Percaya Pada Rezeki


Setiap orang kene percaya pada rezeki masing- masing. iyelah kalau ditanya pada semua orang sape yang taknak Kaya dan banyak harta. mungkin sesetengah orang menyatakan yang duit, harta dan kekayaan adalah segala-galanya dan ade jugak sesetengah orang cakap cukuplah kalau aku ade sedikit harta asalkan bahagia dan tidak bersa kosong hati. bagi saya pula biarlah kita mempunyai sedikit harta, namun jika kita dapat tersenyum setiap saat, minit, dan jam itu adalah petunjuk yang baik menunjukkan jiwa kita tidak kosong. setiap orang mungkin pernah mengalami kesesakan didalam hidup. maksud saya ada juga hari yang kita susah contohnya duit habis bayar hutang ni hutang tu, kereta, rumah , makan , pakai dan sebagainya. pepatah melayu iaitu langit tidak selalunya cerah boleh kita pakai dah simpan sebagai petunjuk kepada kita supaya sentiasa berjimat dan memikirkan hari- hari akan datang. seperti sahabat saya jugak tidak pernah ketinggalan mengalami perkara sebegini.nak dikatakan boros taklah dan nak dikatakan berhabisan dengan shopping takdelah cume saya hairan mane dia curahkan ringgit tersebut. pernah jugak orang cakap kalau kita dapat duit daripada hasil yang tidak halal ianya akan sentiasa tak cukup tapi dia ni mencari duit hasil titik peluh dan keringat dan dari sumber yang halal. Tuhan itu Maha mengetahui dan Maha Penyayang.
Di dalam bidang seni tidak semuanya indah dan tidak semuanya bahagia seperti penonton melihat kepopularitian artis tersebut. bidang seni ini penuh dengan dugaan onak berduri. jika kita boleh lagi bernafas sampai kehari ini maka itu adalah rezeki, jika maseh lagi samar2 mungkin kita kene perlu lagi usaha yang gigih. tidak semuanya indahsepertia apa yang kita fikirkan, apa- apa bidang sekalipun kita kena usaha. Rezeki datang bila- bila masa sahaj cuma adakah kita sudah bersedia untuk mendapatkanya sahaja. InsyaAllah.