"If you like the things that you do, you will never work for a single day"

Wednesday, April 28, 2010

Percaya Pada Rezeki


Setiap orang kene percaya pada rezeki masing- masing. iyelah kalau ditanya pada semua orang sape yang taknak Kaya dan banyak harta. mungkin sesetengah orang menyatakan yang duit, harta dan kekayaan adalah segala-galanya dan ade jugak sesetengah orang cakap cukuplah kalau aku ade sedikit harta asalkan bahagia dan tidak bersa kosong hati. bagi saya pula biarlah kita mempunyai sedikit harta, namun jika kita dapat tersenyum setiap saat, minit, dan jam itu adalah petunjuk yang baik menunjukkan jiwa kita tidak kosong. setiap orang mungkin pernah mengalami kesesakan didalam hidup. maksud saya ada juga hari yang kita susah contohnya duit habis bayar hutang ni hutang tu, kereta, rumah , makan , pakai dan sebagainya. pepatah melayu iaitu langit tidak selalunya cerah boleh kita pakai dah simpan sebagai petunjuk kepada kita supaya sentiasa berjimat dan memikirkan hari- hari akan datang. seperti sahabat saya jugak tidak pernah ketinggalan mengalami perkara sebegini.nak dikatakan boros taklah dan nak dikatakan berhabisan dengan shopping takdelah cume saya hairan mane dia curahkan ringgit tersebut. pernah jugak orang cakap kalau kita dapat duit daripada hasil yang tidak halal ianya akan sentiasa tak cukup tapi dia ni mencari duit hasil titik peluh dan keringat dan dari sumber yang halal. Tuhan itu Maha mengetahui dan Maha Penyayang.
Di dalam bidang seni tidak semuanya indah dan tidak semuanya bahagia seperti penonton melihat kepopularitian artis tersebut. bidang seni ini penuh dengan dugaan onak berduri. jika kita boleh lagi bernafas sampai kehari ini maka itu adalah rezeki, jika maseh lagi samar2 mungkin kita kene perlu lagi usaha yang gigih. tidak semuanya indahsepertia apa yang kita fikirkan, apa- apa bidang sekalipun kita kena usaha. Rezeki datang bila- bila masa sahaj cuma adakah kita sudah bersedia untuk mendapatkanya sahaja. InsyaAllah.

1 comment: