"If you like the things that you do, you will never work for a single day"

Tuesday, April 27, 2010

Hum Tum aur Ghost- A Film By Kabeer Khaushik


Menonton Filem ini pada mulanya saya memang rasa macam ni memang cerita hantu yang biasa2.Dahlah tengok sensorang kat dalam bilik dengan menggunakan Macbook rakan serumah Abang Datt. Rakan2 yang lain sedang syik menonton Avatar dan saya soranglah layan movie ni kat dalam bilik. Dengan keadaan yang sejuk dan lampu tertutup, saya gagah jugak la tengok Filem ini. Yerla Genre seram katakan. Saya seronok dengan jalan cerita filem ni sebab die tak macam filem- filem hindi yang lain dan filem seram yang lain. Filem ni mengisahkan dua orang pasangan kekasih yang cukup "sweetla" dan "perfectla". Arman (Arshad Warsi) berkerja sebagai seorang Photographer dan Gehna (Dia Mirza) pulak adalah Editor Majalah Fesyen. Kalau kita melihat watak Arman yang pemabuk dan nampak macam liar sikit, kita akan berpendapat bahawa dia ni memang lelaki yang sosial dan lebih tepat lagi "Player" dan watak Gehna yang nampak ayu dan penyabar orangnya. Sikap Arman yang pemabuk dan selalu lewat ke pejabat membuatkan Ayah Gehna (Javed Sheikh) tidak menyukainya, sampai satu tahap Ayah Gehna menyuruh beliau memutuskan hubungan jika beliau maseh lagi dengan sikapnya itu. Tapi disebalik sikap Arman yang pemabuk tersirat sesuatu benda. Arman berbuat demikian sebab tak boleh tido malam dan asyik diganggu oleh suara- suara hantu yang bercakap- cakap. Rupa- rupanya Arman adalah salah seorang yang boleh melihat Hantu.
Akibat boleh melihat hantu, beliau didatangi oleh seorang yang dah mati iaitu Kapoor (Boman Irani) yang ingin meminta tolong menyelesaikan masalahnya. Kapoor ingin meminta tolong membawanya berjumpa dengan Isterinya dan ingin meminta maaf terhadpnya. Selepas selesai dengan masalah Kapoor, Arman didatangi pulak dengan masalah Carol yang ingin meminta tolong mencari anaknya yang beliau tinggalkan ketika anaknya berumur 4 tahun. Keadaan semakin tegang apabila Gehna tidak dapat menahan perasaannya yang sedih akibat beliau merasakan yang Arman mempunyai masalah Mental. Jadi Gehna ingin membawa Arman ke hospital untuk merawatnya tapi Arman enggan atas sebab alasannya yang beliau bukanya gila seperti yang disangkakan. arman meminta Gehna untuk ikut beliau ke Goa untuk mencari anak Carol dan belliau berjanji setelah jumpa kepada budak tersebut beliau akan ke hospital seperti apa yang cadangkan. Namun pencarian mereka diGoa mendapat jalan buntu dan Arman terpaksa memberitahu kepada Carol yang beliau tidak boleh tolong untuk mencari anaknya atas sebab Gehna meminta beliau supaya berhenti terhadap dunia khayalannya. Sebelum itu Arman pernah ke Gereja untuk berjumpa dengan Sister untuk bertanyakan kemungkinan budak tersebut pernah dihantar ke gereja tersebut untuk di asuh atas sebab Suami carol meninggal dunia. Arman balik dan dan menjalani hidup yang bahagia bersama dengan Gehna. tapi tak best la kalu nak cerita habis.... kalau korang rasa nak taw lagi tentang Filem ni lebih lanjut baik owang beli DVD ataupun download Filem ni. boleh tangkap leleh punya.

No comments:

Post a Comment